CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, December 7, 2009

PERHATIAN....


BERITA BAIK... (AGEN DI PERLUKAN)

Kini kami menawarkan produk kopi GOJI LA dalam bentuk kotak di mana ia mengandungi 12 sachets x 25 gm pada harga 15.00 (harga pasaran) sahaja....sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi kami untuk tempahan..04 - 5783350

Friday, March 13, 2009

Antara Produk Keluaran Kami

AGEN DI PERLUKAN

KOPI PRACAMPURAN
GOJI LA

Ekstrak buah Goji di adun bersama
Kopi Arabica,
Garam Bukit,Koko,
Susu Kambing dan Cappuccino
menjadikannya Lebih Sedap,
Lebih Berkhasiat dan Lebih Hebat.

  • Bahan - Bahan :-
Coffee Arabica, Goat Milk Powder,
Goji (extract),Non - Dairy Creamer,
Cappuccino Powder,Cocoa Powder,
Iodized Salt.
20 sachets x 25 gm


HYDROLYZED COLLA
GEN
PLUS GOJI
  • Bahan - Bahan:-
Hydrolyzed Collagen, Chocolate
Powder,Fructose Powder, Wolfberry
Extract
Powder (Goji), Non - Dairy
Creamer,
Stabelizer Powder, Powder
Creamer,
Vanilla Powder,
Iodized
Salt.
10 sachets x 25 gm



KOPI GOJI GUARANA CAPPUCCINO
  • Bahan - Bahan:-
Coffeee Arabica, Goat Milk Powder, Goji (extract),
Guarana, Non - Dairy Creamer, Cappuccino Powder,
Fructose Powder,Cocoa Powder, Iodized Salt.
12 sachets x 25 gm






Khasiat - Khasiat Kopi Pracampuran Goji La



  • Membantu melancarkan peredaran darah.
  • Membantu mengawal paras gula dalam darah (diabetis).
  • Membantu mengawal tekanan darah.
  • Membantu mengawal paras kolestrol dalam badan.
  • Membantu melindungi dan menguatkan mata.
  • Membantu mengawal penyakit asthma dan lelah.
  • Membantu melambatkan proses penuaan.
  • Membantu meningkatkan immunisasi.
  • Membantu meningkatkan daya penglihatan.
  • Membantu menambahkan tenaga.
  • Membantu mengurangkan rasa mengantuk dan menyegarkan.
  • Membantu meransang dan memberi keistimewaan suami isteri.

Mengapa Anda Perlu Mencuba Kopi Pracampuran Goji La

Goji La dihasilkan daripada sumber - sumber bermutu tinggi dan mengandungi campuran bahan - bahan terbaik dunia iaitu :-

  • Mengandungi campuran Kopi Arabica dan cappuccino yang enak dan menyegarkan.
  • Goji dari daerah Ningxia (Kualiti Terbaik).
  • Serbuk koko yang berkualiti dan bermutu tinggi tinggi.
  • Mengandungi campuran garam bukit yang mempunyai 84 natural elemen yang penting untuk tubuh.
  • Mengandungi susu kambing bagi menjadikannya lemak berkrim dan berkhasiat.

Khasiat Hydrolyzed Collagen Plus Goji


  • Membina sel - sel kulit yang rosak dan mati, melembutkan parut lama dan menghilangkan parut baru.
  • Memutihkan dan mencerahkan kulit terutama dibahagian lipatan.
  • Melambatkan penuaan dengan meningkatkan metabolisme sel - sel otot, saraf dan tulang.
  • Meningkatkan imunisasi terutama bagi pesakit kanser.
  • Membina sel - sel tulang terutama bagi arthiritis dan osteoarthritis.
  • Mempercepatkan pemulihan kecederaan otot akibat aktiviti sukan lasak.
  • Meningkatkan daya penglihatan terutama bagi pesakit diabetis dan mencegah ketarak.
  • Memberi keserian pada kuku.
  • Menguatkan rambut serta tidak mudah gugur.

Mengapa Anda Perlu Mencuba Hydrolyzed Collagen Plus Goji

Hydrolyzed Collagen ini dihasilkan daripada sumber - sumber bermutu tinggi dan mengandungi campuran bahan - bahan terbaik dunia. Iaitu :-

  • Hydrolyzed Collagen diperbuat daripada sumber marine (halal).
  • Goji dari daerah Ningxia (kualiti terbaik).
  • Serbuk koko yang berkualiti dan bermutu tinggi.
  • Mempunyai rasa enak dan boleh dimakan terus tanpa air.

Khasiat - Khasiat Goji Guarana Cappuccino


  • Membantu melancarkan peredaran darah.
  • Meningkatkan dan menambah tenaga seksual lelaki dan perempuan.
  • Membantu mengawal paras gula dalam darah (diabetis).
  • Membantu mengawal tekanan darah.
  • Membantu mengawal paras kolestrol dalam darah.
  • Membantu mengawal penyakit asthma dan lelah.
  • Membantu melambatkan proses penuaan.
  • Membantu meningkatkan imunisasi.
  • Membantu meningkatkan daya penglihatan.
  • Membantu menambah tenaga.
  • Membantu mengurangkan rasa mengantuk dan menyegarkan.

Mengapa Anda Perlu Mencuba GOJI GUARANA CAPPUCCINO

Goji guarana cappuccino dihasilkan daripada sumber - sumber bermutu tinggi dan mengandungi campuran bahan - bahan terbaik dunia iaitu :-
  • Mengandungi campuran Kopi Arabica dan cappuccino yang enak dan menyegarkan.
  • Goji dari daerah Ningxia (Kualiti Terbaik).
  • Guarana yang berkualiti dan bermutu tinggi dari Brazil.
  • Mengandungi campuran garam bukit yang mempunyai 84 natural elemen yang penting untuk tubuh.
  • Mengandungi susu kambing bagi menjadikannya lemak berkrim dan berkhasiat.

Definisi Goji



Buah Goji juga dikenali sebagai Wolfberrries atau nama saintifiknya (lycium barbarum). Buah goji telah digunakan lebih 5000 tahun dahulu di negara China. Terdapat 80 spesis Goji yang berbeza di seluruh dunia. Namun lycium barbarum dari daerah Zhongning, Ningxia, China merupakan pengeluar buah goji yang mempunyai kualiti terbaik di dunia. Daerah ini dikenali sebagai 'Daerah Panjang Usia' di mana ramai penduduknya hidup secara proaktif sehingga melewati usia 100 tahun. Buah yang berwarna merah ini dijadikan makanan sampingan yang utama bagi penduduk Ningxia. Selain itu, atlik olimpik dari negara China juga mengamalkan pengambilan buah goji dan merupakan salah satu rahsia utama untuk meningkatkan ketahanan dan menambahkan stamina.

Kandungan Nutrisi


Dalam tahun 1988, Institut Penyelidikan Nutrisi Beijing mengendalikan kajian terperinci analisis kimia dan komposisi nutrisional buah goji kering. Apa yang mereka temui amat menakjubkan. Buah goji mengandungi lebih 18 asid amino, 21 unsur mineral, lebih beta karoten berbanding karot dan 500 kali ganda lebih vitamin C berbanding buah oren dan immunologikal polisakarida yang aktif (5 - 8 %). Ianya juga kaya dengan vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6 dan vitamin E.

Kajian Keberkesanan Goji

Secara tradisionalnya, buah goji dikatakan penting dalam pembetukan sel darah, membantu dalam perjalanan buah pinggang, hati dan melembapkan paru - paru. Kajian klinikalmoden juga mengesahkan keberkesanan buah goji dalam merawat penyakit seperti diabetis, batuk kering, kekurangan darah dan kekurangan tulang sumsum.

Perbandingan Kandungan Antioksida Dalam Buah - Buahan Dan sayur - Sayuran

Khasiat - Khasiat Buah Goji



  • Membantu memanjangkan usia
Buah goji mengandungi komposisi Molekul Polisakarida dan anti oksida yang kuat yang dapat melambatkan proses ketuaan dengan menghalang pemusnahan sel - sel tubuh oleh radikal bebas.
  • Meningkatkan tenaga dan kekuatan fizikal
Buah goji membantu meningkatkan keupayaan fizikal, stamina dan kecergasan badan. Ianya juga mampu mengurangkan keletihan dan kelesuan badan.
  • Awet Muda
Penggunaan goji mampu meransang (Human Growth Hormone) yang juga dikenali sebagai Hormon muda. Ianya berfungsi melambatkan proses penuaan dan mampu membaik pulih sel - sel kulit yang rosak.
  • Mengawal tekanan darah tinggi dan diabetis
Berdasarkan kajian, Molikul Polisakarida yang terdapat pada buah goji membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Polisakarida juga membantu mengawal paras gula melalui tindak balas insulin.
  • Membantu mengawal paras kolestrol
Buah goji mengandungi beta-sitosterol yang bertindak untuk mengawal paras kolestrol dalam badan.
  • Membantu mengurangkan berat badan
Polisakarida di dalam buah Goji membantu dalam pengawalan berat badab kerana ianya menggalakkan penukaran makanan kepada tenaga dan bukannya lemak.
  • Membantu mengurangkan masalah tidur
Buah goji telah lama digunakan untuk merawat penyakit insomia iaitu kesukaran untuk tidur. Amalan pemakanan buah goji amat membantu mengatasi masalah ini terutamanya dikalangan mereka yang telah berumur.
  • Membantu mengawal dan melawan penyakit kanser
Buah goji mengandungi Germanium yang berperanan sebagai anti kanser yang kuat. Selain itu, kewujudan Molekul Polisakarida dan anti - oksida di dalam buah goji juga dikatakan mampu menghalang penghasilan sel kanser.
  • Melindungi DNA
Dr. Bruce Ames dari universiti California di Berkelay mengangarkan setiap sel DNA kita diserang oleh radikal bebas lebih daripada 10,000 kali sehari. Bagi mengatasinya, anti oksida adalah senjata yang amat berkesan untuk melawannya. Anti oksida mampu meneutralkan kesan - kesan radikal bebas serta membenarkan tubuh mengembalikan fungsi normal dan menyihatkan. Penyelidikan sains membuktikan anti oksida dalam goji merupakan pertahanan tubuh yang terbaik melawan radikal bebas.

Definisi Kolagen

Kolagen dalam bahasa Yunani bermaksud lekat atau menghasilkan pelekat. Kolagen merupakan elemen penting dalam tubuh badan manusia kerana ianya merupakan salah satu protein yang membantu menyusun struktur tubuh manusia. Kewujudan kolagen adalah lebih kurang 30 peratus daripada protein yang terdapat pada badan manusia. Ianya merupakan satu struktur organik yang membantu dalam perbentukan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Selain itu, serat kolagen juga mempunyai ketahanan yang kuat untuk melawan tekanan.

Definisi Hydrolyzed Collagen

Kolagen adalah struktur utama protein yang berfungsi sebagai pelekat pada tisu penyambung di dalam badan seperti kulit, tulang, rawan, tendon dan ligamen. Perjalanan waktu, alam sekitar, stress, gaya hidup yang kita jalani memberi kesan kepada tisu - tisu penyambung tersebut. Apabila usia kita semakin meningkat, maka keupayaan badan untuk memperbaiki tisu - tisu penyambung secara semulajadi semakin berkurangan.

Menurut laporan dari sekolah Perubatan Harvard, pengambilan kerap makanan tambahan mampu mengantikan kolagen yang hilang dalam badan serta meransang perjalanan kolagen baru. Namun kolagen hanya boleh diserap dalam badan dalam bentuk molekul ringan yang diperolehi daripada 100 peratus protein yang terdiri daripada molekul - molekul yang lebih kecil supaya mudah untuk dihadam atau diserap. Ianya dikenali sebagai "Hydrolyzed Collagen" (HC).

Khasiat Kolagen

Pengambilan kolagen merupakan satu cara yang berkesan untuk mengekalkan kecantikan dan awet muda. Kajian turut membuktikan bahawa kolagen mempunyai banyak khasiat yang berfaedah terhadap kesihatan tubuh manusia. Antara khasiat - khasiat tersebut ialah :-

  • Memperbaiki kualiti kuku dan rambut
Hasil kajian klinik Perubatan Universiti Wurzbug di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan penggunaan kolagen dalam tempoh jangka panjang meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein. Ini sekaligus dapat membantu dalam memperbaiki kualiti kuku dan menghalang gejala keguguran rambut.
  • Mencerah dan menyegarkan kulit
Tidak di nafikan kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat kerana kolagen membantu dalam membentuk 75 peratus daripada kulit badan manusia. HC mengandungi asid amino glutamine yang membantu sel - sel meningkatkan penyimpanan tenaga bagi membentuk sel - sel baru. Proses ini akan memberi kelembapan dan ketegangan pada kulit seterusnya menghasilkan kulit yang lebih anjal dan bermaya. HC membantu penyerapan dan penggunaan oksigen oleh kulit dalam mengurangkan kedut dan memelihara keserian kulit terutama dibahagian - bahagian tertentu seperti keliling leher, lipatan siku dan lutut dan di bahagian ketiak.
  • Pengurusan berat badan
Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot. Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ianya dapat menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, berketerampilan menarik.
  • Menguatkan sendi dan tulang
Menguatkan sendi dan tulang
Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoarthritis. Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoarthritis. Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis.

Definisi Guarana


Guarana merupakan sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil. Di Brazil buah ini di kenali sebagai Paullina Cupana sempena nama Dr. Bavplana dan Dr. Humboldt yang menemuinya pada tahun 1821. Guarana merupakan satu warisan penting yang harus diperturunkan kepada generasi masa depan. Di Amazon, kaum orang aslinya mengunyah biji benih guarana untuk menguatkan badan.

Biji Buah guarana boleh dijadikan peransang sistem saraf pusat dalam tubuh sekaligus dapat melancarkan dan menyeimbangkan pergerakan badan. Khasiatnya memang boleh diperakui kerana kebanyakan pemain bola sepak Brazil mengamalkan pengambilan guarana untuk meningkatkan stamina dan menambah kecergasan badan.

Guarana adalah agen awet muda dan sejenis makanan kesihatan semulajadi yang boleh diambil dengan selamat. Kajian menunjukkan guarana mempunyai kesan diuretik dan hipotemia yang baik untuk perut dan usus terutamanya bagi mencegah penyakit gastrik. Ianya juga menggalakkan metabolisme organ badan dan memperbaiki tisu organ dalaman badan.

Kajian Pakar


Kajian dari Brazil oleh Dr. Berredo Carneiro dan dari Eropah oleh Dr. Martins Deehastelus Greene dan Dr. Nirsleiner membuktikan bahawa "Guarana mempunyai kesan yang mengagumkan. Ianya mempunyai kesan diuretik dan hipotemia yang baik untuk perut dan usus, mengatasi masalah gastrik serta menggalakkan metabolisme badan dan mampu memperbaiki tisu organ dalaman badan"

Khasiat Guarana

Guarana mengandungi Guaranin, asid amino, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. Ianya juga sesuai untuk semua peringkat umur tanpa mengira jantina. Selain itu, ianya juga mampu menyerap dan bertindak balas dengan pantas di dalam tubuh manusia. Oleh itu, pengguna boleh merasai khasiat - khasiat seperti berikut :-

  • Menurunkan Berat Badan
Amalan pengambilan guarana mampu mengurangkan selera makan sekaligus dapat mengawal kuantiti pengambilan makanan. Bukan itu sahaja, guarana juga dikatakan mampu membakar lemak dalam badan sekaligus mengatasi masalah kegemukan.
  • Membantu meningkatkan tenaga seksual
Guarana juga dikatakan mampu meningkatkan tenaga seksual lebih - lebih lagi dengan campuran kopi. Ini kerana, pengaruh kafein yang terkandung di dalam guarana dan kopi mampu meningkatkan tenaga sekaligus meransang tenaga seksual.
  • Menghilangkan sakit kepala dan migrain
Kajian pada tahun 1997 membuktikan bahawa guarana boleh dijadikan ubat penahan sakit. Ini kerana, ianya bukan sahaja mampu merawati penyakit migrain malah mampu menyembuhkan penyakit sendi, mencegah gastrik, ulcer, hopotemia dan melancarkan sistem pencernaan badan melalui penyerapan nutrien.
  • Meransang otak dan menguatkan daya ingatan
Kajian dari Brazil menunjukkan guarana mampun meningkatkan daya ingatan kerana biji benihnya mengandungi sejenis minyak yang baik untuk meransang otak. Ianya amat sesuai di amalkan oleh para pelajar untuk menguatkan daya ingatan dan memori.
  • Memberi tenaga dan mengurangkan keletihan
Di Brazil penduduknya menjadikan guarana sebagai makanan sampingan utama untuk menambahkan tenaga dan mengurangkan keletihan. Guarana dikatakan mampu meningkatkan gula (glukosa) darah sekaligus membantu dalam penghasilan tenaga.