CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, March 13, 2009

Definisi Guarana


Guarana merupakan sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil. Di Brazil buah ini di kenali sebagai Paullina Cupana sempena nama Dr. Bavplana dan Dr. Humboldt yang menemuinya pada tahun 1821. Guarana merupakan satu warisan penting yang harus diperturunkan kepada generasi masa depan. Di Amazon, kaum orang aslinya mengunyah biji benih guarana untuk menguatkan badan.

Biji Buah guarana boleh dijadikan peransang sistem saraf pusat dalam tubuh sekaligus dapat melancarkan dan menyeimbangkan pergerakan badan. Khasiatnya memang boleh diperakui kerana kebanyakan pemain bola sepak Brazil mengamalkan pengambilan guarana untuk meningkatkan stamina dan menambah kecergasan badan.

Guarana adalah agen awet muda dan sejenis makanan kesihatan semulajadi yang boleh diambil dengan selamat. Kajian menunjukkan guarana mempunyai kesan diuretik dan hipotemia yang baik untuk perut dan usus terutamanya bagi mencegah penyakit gastrik. Ianya juga menggalakkan metabolisme organ badan dan memperbaiki tisu organ dalaman badan.

0 comments: