CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, March 13, 2009

Khasiat - Khasiat Buah Goji



  • Membantu memanjangkan usia
Buah goji mengandungi komposisi Molekul Polisakarida dan anti oksida yang kuat yang dapat melambatkan proses ketuaan dengan menghalang pemusnahan sel - sel tubuh oleh radikal bebas.
  • Meningkatkan tenaga dan kekuatan fizikal
Buah goji membantu meningkatkan keupayaan fizikal, stamina dan kecergasan badan. Ianya juga mampu mengurangkan keletihan dan kelesuan badan.
  • Awet Muda
Penggunaan goji mampu meransang (Human Growth Hormone) yang juga dikenali sebagai Hormon muda. Ianya berfungsi melambatkan proses penuaan dan mampu membaik pulih sel - sel kulit yang rosak.
  • Mengawal tekanan darah tinggi dan diabetis
Berdasarkan kajian, Molikul Polisakarida yang terdapat pada buah goji membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Polisakarida juga membantu mengawal paras gula melalui tindak balas insulin.
  • Membantu mengawal paras kolestrol
Buah goji mengandungi beta-sitosterol yang bertindak untuk mengawal paras kolestrol dalam badan.
  • Membantu mengurangkan berat badan
Polisakarida di dalam buah Goji membantu dalam pengawalan berat badab kerana ianya menggalakkan penukaran makanan kepada tenaga dan bukannya lemak.
  • Membantu mengurangkan masalah tidur
Buah goji telah lama digunakan untuk merawat penyakit insomia iaitu kesukaran untuk tidur. Amalan pemakanan buah goji amat membantu mengatasi masalah ini terutamanya dikalangan mereka yang telah berumur.
  • Membantu mengawal dan melawan penyakit kanser
Buah goji mengandungi Germanium yang berperanan sebagai anti kanser yang kuat. Selain itu, kewujudan Molekul Polisakarida dan anti - oksida di dalam buah goji juga dikatakan mampu menghalang penghasilan sel kanser.
  • Melindungi DNA
Dr. Bruce Ames dari universiti California di Berkelay mengangarkan setiap sel DNA kita diserang oleh radikal bebas lebih daripada 10,000 kali sehari. Bagi mengatasinya, anti oksida adalah senjata yang amat berkesan untuk melawannya. Anti oksida mampu meneutralkan kesan - kesan radikal bebas serta membenarkan tubuh mengembalikan fungsi normal dan menyihatkan. Penyelidikan sains membuktikan anti oksida dalam goji merupakan pertahanan tubuh yang terbaik melawan radikal bebas.

0 comments: