CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, March 13, 2009

Khasiat Kolagen

Pengambilan kolagen merupakan satu cara yang berkesan untuk mengekalkan kecantikan dan awet muda. Kajian turut membuktikan bahawa kolagen mempunyai banyak khasiat yang berfaedah terhadap kesihatan tubuh manusia. Antara khasiat - khasiat tersebut ialah :-

  • Memperbaiki kualiti kuku dan rambut
Hasil kajian klinik Perubatan Universiti Wurzbug di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan penggunaan kolagen dalam tempoh jangka panjang meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein. Ini sekaligus dapat membantu dalam memperbaiki kualiti kuku dan menghalang gejala keguguran rambut.
  • Mencerah dan menyegarkan kulit
Tidak di nafikan kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat kerana kolagen membantu dalam membentuk 75 peratus daripada kulit badan manusia. HC mengandungi asid amino glutamine yang membantu sel - sel meningkatkan penyimpanan tenaga bagi membentuk sel - sel baru. Proses ini akan memberi kelembapan dan ketegangan pada kulit seterusnya menghasilkan kulit yang lebih anjal dan bermaya. HC membantu penyerapan dan penggunaan oksigen oleh kulit dalam mengurangkan kedut dan memelihara keserian kulit terutama dibahagian - bahagian tertentu seperti keliling leher, lipatan siku dan lutut dan di bahagian ketiak.
  • Pengurusan berat badan
Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot. Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ianya dapat menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, berketerampilan menarik.
  • Menguatkan sendi dan tulang
Menguatkan sendi dan tulang
Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoarthritis. Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoarthritis. Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis.

0 comments: