CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, March 13, 2009

Khasiat Guarana

Guarana mengandungi Guaranin, asid amino, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. Ianya juga sesuai untuk semua peringkat umur tanpa mengira jantina. Selain itu, ianya juga mampu menyerap dan bertindak balas dengan pantas di dalam tubuh manusia. Oleh itu, pengguna boleh merasai khasiat - khasiat seperti berikut :-

  • Menurunkan Berat Badan
Amalan pengambilan guarana mampu mengurangkan selera makan sekaligus dapat mengawal kuantiti pengambilan makanan. Bukan itu sahaja, guarana juga dikatakan mampu membakar lemak dalam badan sekaligus mengatasi masalah kegemukan.
  • Membantu meningkatkan tenaga seksual
Guarana juga dikatakan mampu meningkatkan tenaga seksual lebih - lebih lagi dengan campuran kopi. Ini kerana, pengaruh kafein yang terkandung di dalam guarana dan kopi mampu meningkatkan tenaga sekaligus meransang tenaga seksual.
  • Menghilangkan sakit kepala dan migrain
Kajian pada tahun 1997 membuktikan bahawa guarana boleh dijadikan ubat penahan sakit. Ini kerana, ianya bukan sahaja mampu merawati penyakit migrain malah mampu menyembuhkan penyakit sendi, mencegah gastrik, ulcer, hopotemia dan melancarkan sistem pencernaan badan melalui penyerapan nutrien.
  • Meransang otak dan menguatkan daya ingatan
Kajian dari Brazil menunjukkan guarana mampun meningkatkan daya ingatan kerana biji benihnya mengandungi sejenis minyak yang baik untuk meransang otak. Ianya amat sesuai di amalkan oleh para pelajar untuk menguatkan daya ingatan dan memori.
  • Memberi tenaga dan mengurangkan keletihan
Di Brazil penduduknya menjadikan guarana sebagai makanan sampingan utama untuk menambahkan tenaga dan mengurangkan keletihan. Guarana dikatakan mampu meningkatkan gula (glukosa) darah sekaligus membantu dalam penghasilan tenaga.

0 comments: